Dodoi Anakku Enterprise telah ditubuhkan pada 10 Mac 2010 sebagai sebuah perniagaan jenis milikan tunggal. Nama Dodoi Anakku di pilih sebagai fokus utama menyediakan perkhidmatan sewa buaian berendoi bagi majlis cukur jambul si comel anda.Dengan sokongan yang kuat dari keluarga dan ibu bapa,Dodoi Anakku yakin mampu memberikan perkhidmatan dan persembahan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.Terus menyokong kami,semoga kepercayaan yang anda berikan Dodoi Anakku akan terus memberikan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan kami.

Family Dodoi Anakku

………………………………………………………………………………………………………………………………………mama1

Sharmila Salim

Sharmila Salim adalah merupakan anak ke dua dari 3 orang adik beradik.Beliau yang sangat bertuah dalam menghasillkan kejayaan demi kejayaan dari dekorasi buaian berendoi ini mendapat sokongan yang padu dari adik beradik beliau.Kesemuanya perempuan telah memberikan hasil yang sangat luar biasa dan cukup menakjubkan.Ini di tambah lagi ibu beliau yang sanggup turun padang untuk sama sama melihat anak nya berjaya dalam perniagaan.

Di lahirkan di Tampin,Negeri Sembilan dan di besarkan di Cheras,Selangor.Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian) di UITM,Arau,Perlis.Ibu kepada seorang cahaya mata ini memiliki impian yang besar untuk menjadi Usahawan Wanita yang berjaya dan berkaliber.

Walaupun masih bekerja di sebuah syarikat Tax Firm,namun tanggung jawab beliau sebagai isteri dan ibu tidak pernah di abaikan.Ketabahan beliau mengharungi halangan dan cabaran sebagai Account Tax,juga untuk memastikan perusahaan dekorasi buaian berendoi agar berjalan lancar harus di beri pujian yang bukan semua orang mampu memiliknya.

 

 

……………………………………………………………………………………………………………………………………….LINEcamera_share_2014-08-28-16-47-24

Sharzeta Salim

 

Sharzeta Salim adalah merupakan kakak kepda Sharmila Salim.Di lahirkan di Sungai Besar,Selangor  dan di besarkan di Cheras.Di lahirkan pada tahun 1977 dan mendapat pendidikan lulusan Diploma Pengurusan Bank,ITM Segamat Johor.Ibu kepada 2 orang anak ini adalah antara orang yang bertanggungjawab dalam memastikan urusan penghantaran pergi dan balik selamat tiba ke lokasi.

Lebih 18 tahun pengalaman bekerja di sebuah syarikat Sekuriti dalam bidang Pengurusan dan Kawalan Credit.Kini beliau beralih bidang secara penuh dalam industri pengurutan.Minat dan suka kepada pelanggan,beliau memberanikan diri untuk belajar berurut khususnya kepada ibu ibu yang bary selesai bersalin.

Bidang yang baru sahaja beliau ceburi ini,ternyata memberikan respon yang baik dan mengalakkan kerana lebih 95% kaum ibu hari ini tidak mendapat urutan yang sebetulnya.Ada yang tidak langsung menjaga pantang dan makan,kerana terikut ikut budaya barat.Lebih lebih lagi ibu muda hari ini yang kurang mendapat perhatian untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang ideal selepas beranak.

……………………………………………………………………………………………………………………………………….wani

Sharwanie Salim

Sharwanie Salim adalah merupakan adik bongsu dalam keluarga.Beliau di lahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan adik kesayanagan dalam keluarga.Mendapat pendidikan Diploma Perakaunan di Politeknik Ungku Omar,Perak dan pengalaman bekerja sebagai Ketua Akaun di Sebuah Syarikat Swasta selama 2 tahun.

Khidmat beliau memastikan set set buai yang telah mendapat tempahan sentiasa cukup dan lengkap.Aktiviti beliau sangat penting bagi memastikan dekorasi buai pada minggu itu mengikut jadual.Selain dari boleh memandu sendiri,kemahiran beliau dalam mengemas dan membuat susun atur amat berseni.Kepakaran ini,dimiliki  seperti bapa beliau yang juga mahir dalam membuat susun atur.

 

……………………………………………………………………………………………………………………………………….mama

Arbiah Awang

Ibu kepada 3 beranak ini adalah merupakan satu satunya seni semulajadi yang mahir dalam kerja tangan.Ibunya yang sederhana serta tidak pandai memandu sentiasa memberikan masa dan ruang untuk sama sama membantu menjayakan dekorasi buaian berendoi.

 

 

……………………………………………………………………………………………………………………………………….zaremi

Zaremi Othman

 

Tulang belakang kejayaan Dodoi Anakku hari ini juga turut di bantu oleh suami kepada Sharmila Salim,zaremi Othman.Jasa beliau bagi memberikan sokongan tenaga dan buah fikiran dalam memastikan Dodoi Anakku sentiasa mendapat pilihan dalam pasaran adalah sangat penting kerana berniaga penuh dengan persaingan.

Mendapat pendidikan dalam bidang elektronik di Shah Alam, Politeknik dalam jurusan Diploma Elektronik Komunikasi.Pengalaman bekerja selama 4 tahun dalam bidang kejuruteraan juga 10 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran adalah satu pakej lengkap bagi Dodoi Anakku berjaya ke tahap ini.Kemahiran beliau dalam bidang teknikal,jualan dan pemasaran penting bagi mendapatkan khidmat nasihat yang kebanyakan pengusaha gagal memberi fokus dalam perusahaan yang sedang di bina.Beliau yang memiliki disiplin semulajadi yang tinggi serta tegas dalam melakukan sesuatu tugasan menjadi contoh dalam kejayaan Dodoi Anakku hari ini.

Bekerja sendiri dan mempunyai tim yang sentiasa berfikiran positif adalah rahsia untuk kaya dan berjaya.Tiada yang mustahil jika niat kita betul dan iklas kerananya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………….abg raja

Raja Shamsul Azwan

 

Selain dari itu juga,Tim Dodoi Anakku begitu bertuah memiliki seorang lagi yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga dalam memastikan set set buai berendoi selamat di pasang dan di gunakan dalam majlis berendoi.Suami kepada Pn Sharzeta Salim,Raja Shamsul Azwan.

Di lahirkan di Jelebu,Negeri Sembilan adalah merupakan orang paling penting dalam tim dodoi anakku.Bertanggung jawab dan mampu menguruskan tugasan dengan baik dan lancar.